Things to Ponder

 Hi semua! heheh lama sungguh tak bersua. Today saja je lah nak come here, coretkan something yang terkesan di hati.

Semalam tengah tengok tv, and ada scene dia cakap 'cuba tutup mata dan bayangkan moment termanis/terbahagia awak'. dan kita pun tanyalah cik husband soalan yang sama. Before dapat jawapan tu, saja lah menyakat dia. mesti moment beli nasi lemak untuk ex dia yada yada lol. takde penyakit cai penyakit kan aku ni. saje je hahaha

Husband: duduk depan ni, tatap mata. nak bagitahu ni

Me: okay ape dia *sambil tatap mata dia*

Husband: moment paling bahagia abang rasa dalam hidup adalah moment dimana abang sempat masuk bilik labour room sebelum ayang bersalin. Abang tahu ayang bukan jenis tahan sakit, tapi ayang cuba juga untuk push sampai lah terkeluar seketul Eyyash. Lepastu angkat Eyyash untuk azankan dia. Itulah moment paling bahagia dan termanis untuk abang. Terima kasih sayang *sambil kiss dahi*

Menitik lah air mata jantan kita ni dikk oii. Kita ni memang jenis tak tahan sakit. For real! And for me to go through the delivery process is something beyond my imagination. Allah Maha Baik sangat kat saya. My delivery process super smooth i would say for first timer. 

My due date is 25th December. Tapi 5th December tu time drive balik kerja tu rasa cramp gila perut. cramp yang rasa nak nangis lah sebab agak sakit. first time cramp sampai nangis. Tak expect brixton hick sebab due lambat lagi. Nak beranak pun bukan sebab bukan every 5 mins. dia datang kerap tapi tak tentu. Tapi sakit tu sampai nangis. Takut nak pergi hospital, takut false alarm. And kebetulan jugak Man tergerak hati nak balik KL walaupun hari khamis. Maybe sebab ada bagitahu dia macam kerap cramp kot. So pukul 10pm lebih tu Man bawak jugak pi PPUM sebab macam tak tahan sangat. Sampai sana, nurse check dah 3cm. so kena tahan ward kejap. Throughout the night memang tak boleh tidur. Contraction kuat betul yaaa. The nurse keep checking, end up tak tahan pergi kat caunter nurse mintak any ubat tahan sakit sebab tak tahan sangat. After check  dah 6cm dah. So epidural dah tak boleh pakai. So terpaksalah kita pasrah dan berserah je.

Pi check-in hospital around 10pm macam tu. Alhamdullilah anak keluar pukul 4.48am. Sakit tak lama sangat lah compare dengan orang lain. Alhamdulillah, Allah mudahkan sangat. Waktu delivery tu, ada gas lalok tu. Tahlah aku yang tak reti pakai ke apa. Orang kata kalau pakai tu tak rasa sakit, tapi aku rasa sakit je hahahah. Bak kata ibu aku, at least ada juga bantuan. Hospital government takde semua tu. Disebabkan saya beranak pun nak dekat subuh, nurse pun fresh lagi baru masuk kerja. Semua pun baik-baik belaka. Kawan saya beranak tempat sama, tapi petang, katanya nurse agak cengih lah. Alhamdulillah rezeki saya. Lahh tiberr throwback. Playback balik dalam memori moment tu. Now Eyyash tak bau masham yang sedap dah, now bau masham telur basi hahahha. 

 


Thank you for your time :)